10 April 2012, Selasa Pn Norazizah Mansor bersama pelajar tingkatan 5M menjalankan eksperimen di makmal 2
Showing posts with label ZAIMAH KHALIL - PANITIA SAINS. Show all posts

Monday, April 9, 2012
Thursday, October 1, 2009
RUANGAN KREATIF DAN INOVASI SAINS
Seorang pekerja Panasonic menunjukkan cara penggunaan produk robotik baru yang boleh berubah daripada katil menjadi kerusi roda dalam satu pameran di Tokyo semalamMelegakan
Kini banyak inovasi terkini direka bagi membantu golongan yang mempunyai pergerakan terhad, terutama golongan kurang upaya dan warga emas untuk mengekalkan gaya hidup bebas tanpa perlu terlalu bergantung kepada orang lain.
Ia termasuk produk robotik yang boleh berubah daripada katil menjadi kerusi roda yang dihasilkan oleh syarikat gergasi elektronik Jepun, Panasonic.
Produk itu dipamerkan pada pameran penjagaan dan pemulihan di rumah yang berlangsung di Tokyo semalam.

Jepun mempunyai salah satu daripada populasi warga emas paling tinggi di dunia dan kini menghadapi kekurangan pekerja penjagaan kesihatan.
Wednesday, September 30, 2009
RUANGAN KREATIF DAN INOVASI SAINS SIRI 10
Malaysia bakal miliki pusat kajian tsunami
PUTRAJAYA 29 Sept. - Pusat Kajian Tsunami dan Seismik Kebangsaan (NSTRC) bakal ditubuhkan bagi meningkatkan keupayaan negara menghadapi ancaman bencana itu pada bila-bila masa. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Maximus Ongkili (gambar) berkata, pusat kajian yang akan dibangunkan dengan kerjasama tiga institut pengajian tinggi tempatan itu telah dicadangkan kepada Kabinet sebagai salah satu perancangan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
''MOSTI akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membangunkan pusat kajian itu bagi menyediakan maklumat berkaitan risiko bencana alam tersebut.
''Ia turut melibatkan dua agensi kerajaan iaitu Jabatan Meteorologi dan Jabatan Mineral dan Geosains yang dikoordinasikan oleh Akademi Sains Malaysia," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Risiko Gempa Bumi dan Tsunami di Malaysia di sini hari ini.
Maximus berkata, Malaysia kini bersedia menghadapi ancaman bencana alam itu dan ketika ini memasuki fasa kedua dalam membangunkan Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional (SAATNM) bertaraf dunia yang dijangka siap penghujung tahun ini.
Kata beliau, SAATNM berfungsi memastikan amaran awal dapat dihebahkan kepada agensi pengurusan bencana dan orang awam di kawasan berisiko sekiranya berlaku tsunami.
''Fasa kedua ini melibatkan tiga stesen Seismik, 15 stesen pasang surut, 10 buah siren dan 14 kamera pantai.
''Keupayaan SAATNM ini turut diperkemaskan dengan pelaksanaan penyebaran maklumat tsunami melalui gerbang khidmat pesanan ringkas (SMS) serta telefon talian tetap bagi penyebaran maklumat," katanya.
Maximus berkata, kesedaran orang awam tentang fungsi sistem amaran itu di kawasan berisiko gempa bumi dan tsunami perlu dihebahkan supaya mereka tidak panik ketika sistem itu beroperasi.
''Di samping kempen kesedaran awam, latihan amal antarabangsa bagi penyebaran amaran awal tsunami dan pemindahan penduduk telah dijalankan bagi memastikan rakyat terjamin daripada risiko bencana alam itu," katanya.

Sunday, September 6, 2009
RUANGAN KREATIF DAN INOVASI SAINS SIRI 8
Panduan pengecaman virus komputer yang tulen
KINI, teknologi maklumat (IT) atau pengkomputeran menjadi sebahagian fesyen kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Malah, perkembangan teknologinya lebih cepat berkembang berbanding industri fesyen pakaian.
Selari dengan perkembangannya, isu ancaman virus komputer juga berkembang pesat di dunia siber.
Secara realitinya berlaku satu keadaan melibatkan perisian anti virus kita mengesan dan membersihkan virus yang dikesan tetapi dalam satu jangka masa ia akan berulang kembali.
Jadi, bagaimana untuk kita pastikan adakah fail komputer tersebut adalah benar-benar virus atau ia disalah tafsir oleh perisian anti virus.
Perkara tersebut sering berlaku terutama kepada pihak yang terlibat dalam menyelenggara fasiliti IT.
Oleh demikian, disertakan beberapa langkah asas untuk kita memastikan fail komputer tersebut adalah benar-benar virus atau ia disalah tafsir oleh perisian anti virus atau pengimbas virus.
Sekiranya berlaku pengulangan infeksi virus komputer, ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengesanan semula malware yang tidak aktif yang telah dihantar kembali ke satu lokasi yang lain atau diletakkan kembali ke dalam direktori atau folder bagi System Restore.
Jadi, beberapa tindakan berikut perlu dilaksanakan seperti berikut:-
*Buang virus daripada servis System Restore.
*Buang semua fail dalam Temporary Internet Files dan Cookies.
*Kosongkan direktori bagi Internet History

RUANGAN KREATIF DAN INOVASI SAINS SIRI 7
DELL: Seiring prestasi dan gaya
MENAWARKAN fungsi pengkomputeran tanpa kompromi, pengeluar produk komputer terkenal, Dell kini memperluaskan siri komputer riba untuk generasi Vostro.
Menerusi Vostro 1220, ia dibangunkan secara eksklusif dengan menyasarkan golongan pengguna di kalangan ahli-ahli perniagaan yang sering mengembara untuk urusan tugasan.
Untuk tujuan itu, ia mempunyai rekaan kompak, ringan dan nipis selain memberi tumpuan khusus terhadap keupayaan bateri dan fungsi sekuriti.
Pengguna juga tentunya akan berpuas hati dengan spesifikasi seperti paparan skrin 12.1 inci, ketahanan bateri selama sembilan jam serta menggunakan pemproses Intel Core 2 Duo. Melihat dari sudut produktivitinya, model tersebut dilengkapi dengan kemudahan perisian sidang video dan perbualan video yang diintegrasikan bersama kamera web dan mikrofon. Bagi keupayaan keselamatan pula, ia mempunyai peranti bacaan cap jari dengan perisian yang mudah digunakan tanpa mengganggu sistem prestasi. Capaian kepada sambungan internet juga mudah untuk dilaksanakan menerusi perkhidmatan wayarles LAN 802.11 dan juga aplikasi sambungan jalur lebar mobiliti. Dell Vostro 1220 kini ditawarkan pada harga pasaran RM2,999. Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh diperolehi di laman web www.dell.com/vostro.

Friday, September 4, 2009

ST500 kamera dua skrin pertama dunia
Kamera ini menampilkan ciri-ciri yang amat berlainan sekali bagi sebuah kamera. Kamera kompak Samsung model terkini ST550 itu memang mengujakan sesiapa yang memandangnya.
Mengambil kira mereka yang gemar merakam gambar sendiri, Samsung menghasilkan kamera dengan dua paparan LCD di bahagian belakang dan di hadapan.

Kajian yang dijalankan menunjukkan ramai pengguna gemar merakam gambar sendiri terutama untuk diletakkan dalam laman rangkaian sosial seperti Facebook. Jika dilihat sekali imbas, tiada yang menarik dengan kamera Samsung ST550 tetapi dengan satu ketukan lembut di depan sebelah kiri kamera, anda akan dapat melihat skrin depan selebar 1.5 inci.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Asia Pte. Ltd., Yoon-Ho Ha berkata, dengan Samsung ST550 pengguna kini boleh merakam gambar sendiri dengan lebih mudah.
"Ciri dua LCD di depan dan belakang boleh dikatakan yang pertama berada di dunia," katanya semasa majlis pelancaran kamera Samsung ST550 di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
Semasa pengguna mengaktifkan skrin depan, shooter akan mengesan wajah dan senyuman secara automatik.

Apabila ST550 diprogramkan pada mod kanak-kanak, LCD di depan akan memainkan animasi comel untuk menceriakan kanak-kanak semasa gambar mereka dirakam. Paparan LCD di hadapan juga boleh menunjukkan countdown kiraan masa sendiri dan wajah senyuman akan dipaparkan semasa butang sedang ditekan bagi memberitahu masa yang sesuai untuk senyuman. Di bahagian belakang ST550 terdapat skrin sentuh 3.5 inci dengan resolusi super high (1,152k-dot) berbanding kamera kompak biasa hanya 230k-dots.
Paparan Samsung juga mempunyai tidak balas haptic bagi membolehkan pengguna mempunyai pengesahan fizikal apabila mereka mengetuk skrin bagi mengakses fungsi atau menu tertentu.
Apa yang lebih menarik adalah antara muka pengguna Smart Gesture yang biasanya digunakan dalam telefon mudah alih.

Mengenai spesifikasi pula, kamera ini mempunyai kanta zoom optikal stabil 4.6x dengan kelebaran 27mm kanta Schneider KREUZNACH. Sama seperti Samsung point-and-shoots, kamera ini dilengkapi dengan Smart Auto yang menganalisis suasana bagi mod dan pendedahan yang sesuai.
"Kini seorang jurugambar amatur boleh menghasilkan gambar setanding dengan jurugambar profesional dengan Smart Auto.
"Samsung Smart Auto akan menganalisis elemen utama seperti warna, kejelasan, pergerakan dan subjek dan secara automatik menghasilkan gambar yang jelas dan cantik," katanya.
Teknologi Pintar Pengesanan Wajah hasil inovatif Samsung mengingati wajah dan mengutamakan wajah-wajah tadi apabila setiap kali merakam gambar. Samsung ST550 boleh menyimpan sehingga 20 wajah dalam memori dalaman kamera dan membenarkan pengguna mencari wajah kegemaran dalam mod main semula (playback). Ini boleh dilakukan dengan cepat menggunakan pencarian 'Face' dalam Album Pintar berbanding melihat setiap gambar dalam kad memori.
Blink Mode Detection pula memastikan tiada siapa yang memejamkan mata semasa gambar diambil manakala Smile Mode pula memastikan subjek tersenyum selain terdapat Beauty Shot bagi memastikan tona wajah sekata dan anggun. Teknologi Dual Image Stabilization pula menggabungkan penstabilan imej digital dan optikal bagi memastikan gambar yang diambil tidak kabur walaupun dalam cahaya samar.
Jika dilihat kepada cirinya, mungkin kamera ini disasarkan untuk pengguna wanita dan keluarga yang mempunyai anak kecil yang tertarik dengan animasi comel pada skrin 1.5 inci.
"Kami berharap kamera ini akan mendapat tempat di kalangan pengguna memandangkan bentuknya yang nipis hanya 19.1mm," katanya.
Samsung ST550 boleh didapati pada bulan September ini dengan warna hitam, emas, jingga dan ungu .

Konsep Indusiti gabungkan pelajar-industri
KERJASAMA Limkokwing dan Nokia selaras dengan konsep universiti berkenaan iaitu Indusiti yang menggabungkan industri dengan universiti (Indusiti). Dengan cara ini, pelajar akan mendapat faedah daripada pengalaman pertama hasil usahasama dengan industri. Peraduan berkenaan diadakan bagi mempamerkan kepakaran pelajar Universiti Limkokwing selain mempromosikan pemikiran inovatif dan kreatif melalui widget mudah alih secara komersial dan tempatan.
LUCT merupakan universiti di negara ini yang pertama yang memberikan penekanan dalam bidang kreatif yang mengasaskan konsep perkongsian dengan syarikat industri terkemuka. Ini bagi membolehkan pelajarnya menghabiskan sekurang-kurangnya satu semester dalam kursus mereka dalam program kerjasama dengan rakan industri.
Buat masa ini, LUCT bekerjasama dengan lebih 30 buah industri Nokia sebagai rakan industri terkini bagi membolehkan pelajar belajar daripada yang terbaik.
Naib Presiden Pembangunan Antarabangsa, Dr. Jayles Yeoh berkata, usahasama LUCT-Nokia sesuai dengan konsep Indusiti yang diperkenalkan universiti.
"Kerjasama ini menunjukkan prestij LUCT sebagai universiti ke arah industri terkemuka dunia," katanya.

Diadakan selaras dengan Nokia Mobile Widget Wizard Contest 2009 mempunyai tiga tema utama iaitu Hiburan, Pengurusan Maklumat Peribadi dan Rangkaian Sosial. Sebanyak 30 kumpulan telah disenarai pendek dan akan mempamerkan kerja mereka dalam pameran terakhir di mana hakim akan memilih pemenang.
Pengurus Besar Nokia Singapura/Malaysia & Brunei, Vlasta Berka berkata, berdasarkan maklum balas daripada berjuta-juta pelanggan, Nokia percaya pelanggan kini bukan hanya mahukan Internet mudah alih tetapi mahu memilih apa yang dikehendaki.
"Widget merupakan sebahagian pengalaman dan kami melihat ruang perkembangan aplikasi mudah alih sebagai pemacu kunci kepada pertumbuhan dan evolusi ruang Internet mudah alih," katanya.
Monday, August 24, 2009

Upin & Ipin ke peringkat antarabangsa
FILEM Geng: Pengembaraan Bermula telah mendapat satu lagi pengiktirafan bertaraf global apabila meraih kejayaan bagi kategori Audience Choice Award dalam Indonesian International Film Festival for Kids 2009 (Kidsfest 2009) di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. Filem anismasi tiga dimensi (3D) pertama Malaysia ini merupakan satu-satunya filem tempatan yang tercalon untuk bersaing dengan filem luar negara seperti The Happiness of Kati' (Thailand), The Letter for the King (Belanda), Mia & The Migoo' (Perancis), Niko & The Way to the Stars (Finland) dan 'Teo's Voyage' (Mexico).
Filem hasil karya Produksi Les' Copaque ini mempamerkan gelagat lucu sepasang kembar comel yang telah berjaya menambat hati penonton. Filem tersebut buat kali pertama ia ditayangkan di Blitz Megaplex pada 18 Julai lepas. Kembar kesayangan ramai ini telah pun mempunyai pengikutnya sendiri setelah muncul di saluran TPI Indonesia pada tahun lepas. Dengan sambutan yang hebat ini, Produksi Les' Copaque yakin bahawa filem ini bakal menjadi gempar apabila ia ditayangkan di Blitz Megaplex, Indonesia September ini. Ini akan menjadikan filem Geng sebagai filem animasi tempatan pertama yang mendapat keistimewaan tayangan perdana di Indonesia.
Segala persiapan bagi mempromosikan filem ini sedang diusahakan bagi menghangatkan lagi kemunculannya. Siri mini animasi 3D Upin & Ipin mendapat sambutan yang menggalakkan setelah ditayangkan di saluran TPI Indonesia pada tahun lalu. Kini TPI Indonesia masih lagi meneruskan tayangan Upin & Ipin musim kedua yang memaparkan aktiviti mereka sepanjang bulan Ramadan. Siri mini Upin & Ipin kini telah pun memasuki musim ketiga dengan cerita yang lebih menarik dan berintipatikan imej global. Produksi Les' Copaque berharap ini akan menjadi pemangkin pada jualan barangan Upin & Ipin serta akan menambahkan lagi bilangan peminat apabila filem Upin & Ipin Angkasa yang dijangka muncul pada 2011. Geng akan meneruskan lagi perjuangannya untuk ke peringkat antarabangsa dan bakal menggegarkan pawagam di India pada bulan November ini berikutan minat yang mendalam dari syarikat antarabangsa. Trailer yang telah dialih bahasa ke bahasa Hindi boleh disaksikan di laman web http://www.indiatales.com/.
Filem Geng: Pengembaraan Bermula telah ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Februari lalu. Filem ini telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya mencatatkan kutipan kedua tertinggi dalam sejarah perfileman iaitu sebanyak RM6.314 juta untuk hasil jualan tiket sahaja. Ini telah menaikkan lagi penjualan barangan cenderahati dan telah berjaya menarik TM-salah sebuah rangkaian telekomunikasi terkemuka untuk menjadi penaja utama siri ini.
Saturday, August 22, 2009
RUANGAN KREATIF DAN INOVASI SAINS SIRI 2
Bakat kreativiti pelajar mencipta roket
Menyemai bakat kreativiti pelajar sekolah dalam bidang sains bukan satu perkara mudah.
Apatah lagi bidang sains tersebut agak rumit, bersifat terlalu teknikal dan memerlukan formula dan hukum sains. Namun bagi peserta Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket yang dianjurkan baru-baru ini, mereka mereka berjaya membuktikan sebaliknya, malah menyerlahkan bakat sains yang menakjubkan.
Program anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dengan kerjasama Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Malaya sebagai salah satu aktiviti merentas kurikulum sekolah setiap tahun. Pertandingan tersebut terbuka kepada pelajar-pelajar berumur antara 12 dan 16 tahun di semua sekolah menengah Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk Sekolah Menengah Agama bantuan kerajaan di seluruh negara.
Program tersebut yang memasuki tahun ketujuh sejak ia mula dilaksanakan sebagai projek perintis pada tahun 2003.
Pada mulanya, projek perintis tersebut hanya melibatkan peserta-peserta sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur dan Selangor) sahaja tetapi kini dibuka ke seluruh negara. Menerusi pertandingan tersebut, pelajar dikehendaki mencipta roket air yang sempurna dengan berasaskan botol minuman berkarbonat 1.5 liter dan tekanan udara agar ia dapat memininumkan daya geseran dengan gaya kreativiti yang tinggi.
Seterusnya roket air itu akan dilancarkan ke udara dengan menggunakan alat pelancar.
Pertandingan ini menguji kemahiran dan pemahaman pelajar dalam aplikasi sains dan diterjemahkan dalam penghasilan roket air.
Pada pertandingan akhir ini baru-baru ini , sebanyak 30 buah sekolah dari seluruh negara akan bersaing merebut Piala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama beberapa piala iringan untuk empat kategori pertandingan. Kategori-kategori tersebut ialah reka bentuk roket air terbaik, sasaran terbaik (best target), payung terjun terbaik (best parachute) dan payload terbaik (best payload).
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusoff berkata, pada masa akan datang, penganjur digalakkan mengadakan pertandingan mereka cipta teknologi dorongan roket atau bahan apinya selain kategori sedia ada. Beliau berkata, amat penting bagi memupuk minat pelajar dalam teknologi tersebut bagi mencungkil bakat supaya mereka dapat menjadi saintis bidang tersebut. Ini kerana negara memerlukan teknologi pelancar roket selain menghasilkan roket sendiri.
''Aktiviti teknikal seperti pertandingan pelancaran roket ini amat sesuai bagi membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan mereka dalam teori fizik dan matematik yang dipelajari di sekolah dan menterjemahkannya dalam bentuk aktiviti mencabar,'' ujarnya.
Pandangan beliau disokong oleh pensyarah matematik Universiti Malaya (UM) , Prof Dr. Mohd. Sahar Yahya, bahawa pelancaran roket tidak semestinya mengambil kira aspek kelajuan tetapi juga menggunakan kepintaran fizik dan penggunaan sudut yang sesuai.
''Kita juga mahu pelajar supaya tahu aspek keselamatan, reka bentuk dan bahan apinya,'' kata beliau.
Pertandingan pada tahun ini turut mendapat sokongan dan penajaan dari syarikat-syarikat swasta. Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket diadakan adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:
- Menanam minat, meningkatkan kefahaman, kemahiran dan pengetahuan komuniti pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa;
- Membudayakan pelajar dengan pemikiran kreatif dan inovatif;
- Memberi landasan untuk mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dengan satu aktiviti teknikal yang boleh membantu meningkatkan fahaman mereka;
- Menjadikan bidang sains angkasa sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan.
Juara keseluruhan bagi tahun 2009 akan mewakili Malaysia ke Asia-Pacific Space Regional Forum atau lebih dikenali APRSAF kali ke-16 dan akan diadakan di Phuket, Thailand pada Januari tahun depan.

Tuesday, August 18, 2009
RUANGAN KREATIF DAN INOVASI SAINS SIRI 1

Zulkifli Haron cipta motor terbang
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Saban tahun pasti ada saja rekaan terbarunya yang menggemparkan. Siapa yang tidak kenal dengan McGyver Malaysia ini yang banyak membantu orang kurang upaya (OKU), pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), warga emas dan banyak lagi. Bermula dengan kereta parkir sendiri, rumah pintar, kuasa solar, ternak ikan laut di tengah bandar, kini ikon reka cipta yang telah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia kreativiti dan inovasi, Zulkifli Haron bakal muncul dengan rekaan hebat yang menggemparkan masyarakat. Apa yang bakal dihasilkan mungkin tidak pernah difikirkan oleh sesiapa atau mungkin ada yang mengatakan kerja gila. Jika dulu beliau bermula dengan rekaan kereta berjalan tanpa pemandu dan kenderaan boleh parkir sendiri yang dikatakan idea gila suatu masa dulu. Tetapi kini, idea dan ciptaan Zulkifli mula dilihat pada kereta-kereta import dan mewah. Sehinggakan kedainya di Rawang, Selangor penuh dengan kuih muih menjelang Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda terima kasih atas bantuannya memudahkan pengeluaran kuih tradisional. Biarpun penuh dengan cabaran, galakan dan cemuhan, idea Zulkifli terus berputik dan berbunga dengan rekaan yang lebih sukar diterima akal. "Kali ini saya sedang dalam usaha mencipta satu kenderaan iaitu motor terbang atau nama komersialnya Motobunn. ''Walaupun Motobunn yang masih dalam peringkat kajian satu protaip berjaya dihasilkan," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Rawang, Selangor. Zulkifli berkata, idea mencipta Motobunn timbul ekoran beliau mahukan sesuatu yang baru dalam rekaannya. "Jadi saya inginkan sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa tetapi boleh dilakukan," tegas beliau. Zulkifli berkata, sebagai pereka yang dikenali ramai beliau sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk diketengahkan. Motobunn yang direka bukan tujuan untuk pengangkutan tetapi lebih kepada tujuan keselamatan dan menyelamat semasa berlakunya bencana. "Kenderaan ini boleh digunakan semasa banjir, kebakaran di atas bangunan, runtuhan bangunan, kapal terbang atau helikopter terhempas di kawasan sempit dan kerja menyelamat serta pemantauan di kawasan kecil. "Penggunaan Motobunn amat berguna bagi pemantauan di kawasan kecil kerana tidak memerlukan kawasan pendaratan yang besar seperti helikopter," katanya. Buat masa ini, bagi tujuan kajian, Motobunn menggunakan tenaga elektrik dan pada masa hadapan menggunakan bateri titanium ion yang lebih ringan dan berkuasa. Motobunn menggunakan konsep graviti sama seperti payung terjun tetapi mempunyai dua buah motor enjin berkelajuan tinggi. Buat masa ini beliau telah berjaya menghasilkan Motobunn dengan berat 30 kilogram (kg) dengan daya tujahan sehingga 120 kg. "Saya akan cuba mengurangkan berat motor sehingga 25 kg bagi membolehkan pengguna membawa muatan ringan seperti kamera atau alatan penyelamat. "Motobunn dibina untuk membawa penumpang dengan berat purata rakyat Malaysia iaitu 45 hingga 55 kg bagi tujuan bantuan menyelamat seperti memberikan tali kepada mangsa," katanya. Walaupun masih dalam pembinaan, Zulkifli amat memerlukan komen orang ramai mengenai Motobunn yang sedang dibangunkan. "Saya amat memerlukan maklum balas dan kritikan orang ramai bagi memperbaiki rekaan-rekaan saya," katanya yang tidak lokek ilmu. Operasi Zull Design mendapat dana daripada pelbagai agensi selain menggunakan 40 peratus hasil perniagaan untuk meluaskan lagi ciptaannya.

Sesiapa yang berhasrat memberikan komen, kritikan atau maklum balas mengenai rekaan Zulkifli boleh menghantarnya ke mail@zulldesign.com.my. Mereka juga boleh mendapatkan maklumat mengenai Zull Design di laman web http://www.zulldesign.com.my/
Subscribe to:
Posts (Atom)