SUDUKO SMK DANGI 2009

Sunday, September 6, 2009

RUANGAN KREATIF DAN INOVASI SAINS SIRI 7

DELL: Seiring prestasi dan gaya

MENAWARKAN fungsi pengkomputeran tanpa kompromi, pengeluar produk komputer terkenal, Dell kini memperluaskan siri komputer riba untuk generasi Vostro.
Menerusi Vostro 1220, ia dibangunkan secara eksklusif dengan menyasarkan golongan pengguna di kalangan ahli-ahli perniagaan yang sering mengembara untuk urusan tugasan.
Untuk tujuan itu, ia mempunyai rekaan kompak, ringan dan nipis selain memberi tumpuan khusus terhadap keupayaan bateri dan fungsi sekuriti.

Pengguna juga tentunya akan berpuas hati dengan spesifikasi seperti paparan skrin 12.1 inci, ketahanan bateri selama sembilan jam serta menggunakan pemproses Intel Core 2 Duo. Melihat dari sudut produktivitinya, model tersebut dilengkapi dengan kemudahan perisian sidang video dan perbualan video yang diintegrasikan bersama kamera web dan mikrofon. Bagi keupayaan keselamatan pula, ia mempunyai peranti bacaan cap jari dengan perisian yang mudah digunakan tanpa mengganggu sistem prestasi. Capaian kepada sambungan internet juga mudah untuk dilaksanakan menerusi perkhidmatan wayarles LAN 802.11 dan juga aplikasi sambungan jalur lebar mobiliti. Dell Vostro 1220 kini ditawarkan pada harga pasaran RM2,999. Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh diperolehi di laman web www.dell.com/vostro.

No comments:

Post a Comment