SUDUKO SMK DANGI 2009

Friday, September 4, 2009


ST500 kamera dua skrin pertama dunia

Kamera ini menampilkan ciri-ciri yang amat berlainan sekali bagi sebuah kamera. Kamera kompak Samsung model terkini ST550 itu memang mengujakan sesiapa yang memandangnya.
Mengambil kira mereka yang gemar merakam gambar sendiri, Samsung menghasilkan kamera dengan dua paparan LCD di bahagian belakang dan di hadapan.

Kajian yang dijalankan menunjukkan ramai pengguna gemar merakam gambar sendiri terutama untuk diletakkan dalam laman rangkaian sosial seperti Facebook. Jika dilihat sekali imbas, tiada yang menarik dengan kamera Samsung ST550 tetapi dengan satu ketukan lembut di depan sebelah kiri kamera, anda akan dapat melihat skrin depan selebar 1.5 inci.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Asia Pte. Ltd., Yoon-Ho Ha berkata, dengan Samsung ST550 pengguna kini boleh merakam gambar sendiri dengan lebih mudah.
"Ciri dua LCD di depan dan belakang boleh dikatakan yang pertama berada di dunia," katanya semasa majlis pelancaran kamera Samsung ST550 di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
Semasa pengguna mengaktifkan skrin depan, shooter akan mengesan wajah dan senyuman secara automatik.

Apabila ST550 diprogramkan pada mod kanak-kanak, LCD di depan akan memainkan animasi comel untuk menceriakan kanak-kanak semasa gambar mereka dirakam. Paparan LCD di hadapan juga boleh menunjukkan countdown kiraan masa sendiri dan wajah senyuman akan dipaparkan semasa butang sedang ditekan bagi memberitahu masa yang sesuai untuk senyuman. Di bahagian belakang ST550 terdapat skrin sentuh 3.5 inci dengan resolusi super high (1,152k-dot) berbanding kamera kompak biasa hanya 230k-dots.

Paparan Samsung juga mempunyai tidak balas haptic bagi membolehkan pengguna mempunyai pengesahan fizikal apabila mereka mengetuk skrin bagi mengakses fungsi atau menu tertentu.
Apa yang lebih menarik adalah antara muka pengguna Smart Gesture yang biasanya digunakan dalam telefon mudah alih.

Mengenai spesifikasi pula, kamera ini mempunyai kanta zoom optikal stabil 4.6x dengan kelebaran 27mm kanta Schneider KREUZNACH. Sama seperti Samsung point-and-shoots, kamera ini dilengkapi dengan Smart Auto yang menganalisis suasana bagi mod dan pendedahan yang sesuai.

"Kini seorang jurugambar amatur boleh menghasilkan gambar setanding dengan jurugambar profesional dengan Smart Auto.

"Samsung Smart Auto akan menganalisis elemen utama seperti warna, kejelasan, pergerakan dan subjek dan secara automatik menghasilkan gambar yang jelas dan cantik," katanya.

Teknologi Pintar Pengesanan Wajah hasil inovatif Samsung mengingati wajah dan mengutamakan wajah-wajah tadi apabila setiap kali merakam gambar. Samsung ST550 boleh menyimpan sehingga 20 wajah dalam memori dalaman kamera dan membenarkan pengguna mencari wajah kegemaran dalam mod main semula (playback). Ini boleh dilakukan dengan cepat menggunakan pencarian 'Face' dalam Album Pintar berbanding melihat setiap gambar dalam kad memori.

Blink Mode Detection pula memastikan tiada siapa yang memejamkan mata semasa gambar diambil manakala Smile Mode pula memastikan subjek tersenyum selain terdapat Beauty Shot bagi memastikan tona wajah sekata dan anggun. Teknologi Dual Image Stabilization pula menggabungkan penstabilan imej digital dan optikal bagi memastikan gambar yang diambil tidak kabur walaupun dalam cahaya samar.

Jika dilihat kepada cirinya, mungkin kamera ini disasarkan untuk pengguna wanita dan keluarga yang mempunyai anak kecil yang tertarik dengan animasi comel pada skrin 1.5 inci.
"Kami berharap kamera ini akan mendapat tempat di kalangan pengguna memandangkan bentuknya yang nipis hanya 19.1mm," katanya.
Samsung ST550 boleh didapati pada bulan September ini dengan warna hitam, emas, jingga dan ungu .

No comments:

Post a Comment