SUDUKO SMK DANGI 2009

Monday, April 19, 2010

Penyakit Talesemia

Talesemia adalah penyakit umur sel darah merah yang lebih pendek dari orang biasa. Jangkahayat sel darah orang yang bebas talesemia ialah selama 120hari. Umur sel darah merah ini lebih pendek berbanding biasa adalah disebabkan kegagalan penghasilan hemoglobin (pembawa oksigen yang boleh didapati didalam sel darah merah). Tugas utama hemoglobin ini adalah untuk menghantar oksigen ke semua tisu-tisu dalam badan. Bagi orang sihat, apabila sel darah merah seseorang sudah mati, iron dalam hemoglobin akan digunakan untuk membentuk kembali hemoglobin baru. Bagi talesemia pula, hemoglobinnya sangat lembik dan tidak kuat dan cepat mati. Get it? Iron dalam hemoglobin pesakit talesemia perlu bekerja kuat dan yang bestnya dia sangat tidak kuat. Perlu diingakan talesemia berbeza dengan anemia. Anemia penyakit tak cukup sel darah merah akibat kekurangan iron untuk membuat hemoglobin. Orang-orang yang ada anemia perlu makan banyak makanan yang ada iron. Talesemia pula ialah penyakit keturunan, kau makan berkilo makanan beriron...hasilnya tetap sama. hemoglobinnya masih tidak kuat dan ironnya gagal untuk membuat hemoglobin baru. Ada dua kategori talesemia: Minor talesemia - orang-orang ini boleh dikatakan boleh hidup sampai ke tua dengan sedikit tanda anemia atau tidak ada tanda langsung. Mereka inilah pembawa talesemia. Major talesemia - orang-orang ini sangat bahaya kehidupannya. Bagi kanak-kanak yang tidak dirawat dari kecil, jangka hayat erm say about 4-5tahun sahaja. Simpton pesakit talesemia ialah mereka sangat pucat (of course sebab tak cukup darah merah), tidak boleh tidur lena, selalu penat melampau, tidak selera makan, muntah selepas makan, pening kepala yang berpanjangan dan lain-lain lagi. Sebab tu tv suruh pergi check, kalau anda mungkin pembawa talesemia dan tidak tahu berkenaan ini. Pembawa talesemia yang berkahwin dengan pembawa talesemia, kemungkinan untuk anak mereka mendapat major talesemia adalah 1/4. Sangat besar! Penyakit talesemia boleh dicheck dengan tengok sel darah merah seseorang dibawah microskop. Sel darah mereka berlubang macam donat. Bagi orang normal, sel mereka tidak ada lubang okey. Pengidap talesemia major, tidak ada treatment yang dapat membuang terus talesemia dari hidup mereka. Ini adalah penyakit keturunan dan akan turun lagi sampai bila-bila. Rawatan yang selalunya pesakit talesemia major boleh lakukan ialah dengan mendapat bekalan darah dari orang lain dan dimasukkan ke dalam badan mereka SETIAP EMPAT MINGGU. (Sila derma darah ya orang-orang sihat sekelian, kesian pesakit-pesakit talesemia). Kalau kat Besut, kami panggil 'gi tambah darah'. :) Kesimpulannya ialah talesemia ialah penyakit kekurangan darah merah dalam badan. Kalau dah kurang darah dan tak dirawat, sudah tentu membawa maut. Perlu diingatkan 1 dari 20orang rakyat Malaysia adalah pembawa talesemia (talesemia minor). Pergilah check cepat-cepat, kang dapat pasangan sama talesemia, kena tengoklah anak-anak cepat-cepat. Ingat 1/4 chances anak pembawa + pembawa adalah penghidap talesemia major.

No comments:

Post a Comment